skkecau1.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KECHAU 1
SK LKTP KECHAU 1,  27100 PADANG TENGKU, KUALA LIPIS PAHANG
Tel : 09-3249561, e-mel : skkecau1@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | SEJARAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | TAZKIRAH | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan LKTP Kecau Satu telah ditubuhkan pada 1 januari 1987. Walau bagaimanapun, sekolah ini hanya dibuka pada 5 Januari 1987, iaitu hari pertama persekolahan bagi tahun 1987. Sekolah ini menumpang bangunan balairaya dan tadika kepunyaan LKTP Kecau Satu. Jutaan teima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penubuhan sekolah ini terutamanya pengurus LKTP Kecau Satu iaitu Encik Yusof bin Abdul Rahim dan Pegawai Pendidikan Daerah Lipis iaitu tuan Haji Yusof bin Jaafar. Sebanyak 135 orang murid telah mendaftarkan diri sebagai murid-murid di sekolah merangkumi tahun 1 hingga tahun 6. PPDR Lipis iaitu Tuan Haji Osman bin Mohamed dan Penyelia Sekolah Rendah iaitu Encik Mat Ludin Bin Said merupakan dua tenaga penting dalam usaha untuk mendapatkan perabot dan buku teks sekolah.

 

Tiada kemudaha asas seperti jalan tar, bekalan air dan elektrik. Apa yang ada hanyalah jalan tanah merah yang becak setelah hujan dan berdebu apabila panas. Bekalan air dipam terus dari Sungai Kecau dan pelita minyak tanah yang menerangi kegelapan malam kerana penempatan peserta FELDA hanya dibuat beberapa bulan sebelum penubuhan sekolah. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada 9 orang pendidik yang menjadi perintis di sekolah ini yang tabah menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu penubuhan sekolah ini. Mereka adalah;

 

             i.           Encik Omar Mokhtar binAbdul Kadir             Guru Besar

             ii.          Encik Zainal bin Kamaruddin                            GPK

             iii.         Encik Yusof bin Mandak                                   Guru Penolong

             iv.         Ustaz Abdul karim bin Andol                            Guru Agama                 

dan tiga orang guru lepasan maktab (penempatan pertama) iaitu Encik Zainuddin bin Hussin ( Guru Penolong), Encik Rosli bin Othman ( Guru Penolong) , Encik Fakhrurrazi bin Hj Hamid ( Guru Penolong ) bersama dua orang guru sandaran iaitu Cik Rosnah bt Othman dan cik Ummi Kalthum bt Hj Ali.

Bangunan kantin hanyalah bangsal yang berlantaikan tanah. Walaubagaimanapun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Wan Nasruddin bin Hasan yang telah dapat memberikan perkhidmatan yang amat memuaskan.

 

Setelah 2 tahun 11 bulan menumpang di siti, pada tanggal 1 Disember 1989 , sekolah ini telah berpindah ke bangunannya sendiri iaitu merupakan 2 blok bangunan bertingkat 2 dan sebuah kantin merangkumi 14 buah bilik darjah, sebuah bilik sembahyang, sebuah bilik serbaguna , sebuah bilik tayangan, sebuah pusat sumber, sebuah bilik bilik guru besar dan pejabat. Bilangan bilik darjah yang digunakan yang digunakan ialah 9 buah iaitu 6 buah bilik darjah bagi tahap satu dan dan 3 buah bilik darjah untuk tahap dua. Bilangan murid telah meningkat kepada hampir 200 orang. Namun demikian jalan masih belum bertar, bekalan air terus dari sungai dan tiada bekalan elektrik. Setiap warga sekolah ini menjalankan pelbagai tugas termasuk tugas perkeranian kerana tiada kerani (Pembantu Tadbir), tiada peon (PAR), tiada tukang kebun (PAR) dan tiada jaga. Keadaaan ini berterusan sehinggalah mendapat seorangPembantu Tadbir (1993), PAR (1994) , 2 orang PAR dan seorang jaga (Pertengahan 1994).

 

             Jalan masuk ke Gugusan Kecau telah ditar pada tahun 1992, bekalan elektrik disalurkan pada tahun 1994, air bersih dibekalkan mulai September 1998 dan talian telefon masih tiada lagi , kecualilah telefon gelombang yang bergantung penuh pada gelombang pemancar. Sekolah ini telah dinaikkkan ke gred A pada bulan Januari 1997. Sebuah bangunan tambahan mengandung 2 buah bilik darjah telah dibina pada penghujung tahun 1998 untuk menampung pertambahan murid. Buat masa ini , sekolah ini telah mempunyai seramai 536 orang murid yang telah ditempatkan dalam 18 buah bilik darjah, 30 orang guru termasuk guru besar dan 3 orang GPK, dan 5 orang staf sokongan.

 

             PIBG yang telah ditubuhkan pada tahun 1987 telah memainkan peranan yang penting dalam memajukan sekolah ini dengan pelbagai rancangan dan projek. Pernyertaan di kalanang ahli-ahli adalah amat menggalakkan. Pada tahun 1997, dengan inisiatif Tuan Hj Alias bin Sulaiman iaitu Pengerusi PIBG telah berjaya menguruskan dan seterusnya membina sebuah surau di sekolah  ini dengan sumbangan dan tenaga dari semua ahli, peserta dan pihak pengurusan LKTP Kecau 1, JKPBS , pihak pengurusan dan kakitangan (FELDA Plantation ) Ladang Kecau 2,3,5,6,7,8,9,10,11, Telang  Ssatu, FASSB, FPISB Kilang Sawit Kecau, FSSSB dan FEST. Pada tahun berikutnya sebuah grandstand, 5 buah pondok sumber dan 3 buah pondok menunggu bas telah berjaya dibina dengan sokongan pihak yang disebutkan di atas. Pada tahun 1999 sebuah projek komuniti pohon kelapa sawit telah dijalankan dengan harapan agar apabila mengeluarkan hasil akan menambahkan kewangan PIBG.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: